Pages

Monday, June 27, 2011

Kepentingan Sungai

Pengenalan :
  • Sungai dan laut berkait rapat dgn kehidupan manusia. Pada zaman Neolitik, manusia mula hidup menetap di lembah-lembah sungai bagi memudahkan kegiatan harian mereka.
  • Sungai dan laut merupakan sumber air dan sumber pencarian makanan kepada manusia. Sungai dan laut juga memudahkan perjalanan manusia dari satu tempat ke tempat yang lain.
  • Peranan sungai dan laut telah membawa kepada kemunculan tamadun-tamadun awal.
Isi-isi penting :
  • Sungai dan laut sebagai sumber bekalan air, makanan dan memudahkan perjalanan. Manusia mula mencipta rakit, perahu dan kapal layar untuk dijadikan alat pengangkutan dan membolehkan mereka bergerak dengan mudah.
  • Lembah-lembah sungai mula dijadikan petempatan kekal manusia. Mereka tidak lagi hidup secara nomad dan ini mendorong kemunculan tamadun. Contoh: masyarakat Yunani menggunakan kelebihan laut sebagai pengangkutan dan perhubungan mereka. Tamadun Mesir semakin maju dari segi pertanian disbbkan kesuburan tanah di Lembah Sg. Nil.
  • Sungai dan laut berperanan sebagai sumber perhubungan dan pengangkutan yang penting. Tamadun Yunani telah menjadikan laut Mediterranean sebagai medium perhubungan. Keadaan yang sama berlaku pada tamadun Mesopotamia dimana sungai digunakan sebagai jalan perhubungan.
  • Sungai dan laut sebagai jalan perhubungan talah menggalakkan perkembangan aktiviti perdagangan. Perkembangan pusat perbandaran tlh menyebabkan permintaan untuk bahan makanan. Demi memenuhi permintaan ini, pengimportan perlu dijlnkan. Contoh: Athens mengimport 75% gandum yg digunakan. Selain itu tam Mesopotamia menjalankan perdagangan dengan Mesir dan India.
  • Lembah sungai yang luas membolehkan aktiviti pertanian dijlnkan.Tanah lanar yang dihasilkan dr kelodak-kelodaksungai sesuai untuk penanaman bijirin dan jagung. Sistem saliran yang baik sentiasa mengekalkan kesuburan tanah pertanian dan mengelakkannya drpd kekeringan. Contoh : Tamadun Mesopotamia dan Mesir yg mengusahakan tanaman bijirin.
  • Populasi manusia semakin bertambah secara langsung di lembah sungai. Bekalan tenaga buruh dapat dipenuhi untuk projek-projek pembinaan bangunan, memperluaskan benteng dan terusan. Keadaan Mesopotamia telah memperlihatkan kepentingan sungai khususnya di kawasan hulu yang berkeupayaan mendorong masyarakatnya memajukan sistem pengairan.
  • Kemunculan negara kota atau bandar yg menjadi pusat aktiviti ekonomi, agama, politik dan artistik. Kebolehan manusia mengendalikan sistem pelayaran membantu mereka menjelajah dan meneroka. Ini mengukuhkan kedudukan sesebuah tamadun.
  • Upacara keagamaan/Ritual keagamaan.
  • Membekalkan bahan binaan.
Kesimpulan :
Jelas di sini sungai dan laut merupakan elemen yg sgt penting dlm pembentukan tamadun. Peranan sungai dan laut telah banyak menyumbang kepada corak kehidupan manusia sehingga membawa kepada kemunculan tamadun yang unggul.

Sungai terpanjang di dunia
  1. Sungai Nil (6,690 km)
  2. Sungai Amazon (6,452 km)
  3. Sungai Yangtze (Chang Jiang) (6,380 km)
  4. Sungai Mississippi-Missouri (6,270 km)
  5. Sungai Yenisei-Angara (5,550 km)
  6. Sungai Ob-Irtysh (5,410 km)
  7. Sungai Huang He (Kuning) (5,464 km)
  8. Sungai Amur (4,410 km)
  9. Sungai Congo (4,380 km or 4,670 km) (punca sungai ni dipertikai)
  10. Sungai Lena (4,260 km)

Sungai di Malaysia

  1. Sungai Kinabatangan
  2. Sungai Batu Lima
  3. Sungai Meliau
  4. Sungai Musi
  5. Sungai Kebun Cina
  6. Sungai Sibuga
  7. Sungai Tahan
  8. Sungai Melantai
  9. Sungai Puteh
  10. Sungai Pelenting
  11. Sungai Teku
  12. Sungai Baram
  13. Sungai Rajang
  14. Sungai Muar
  15. Sungai Pahang
  16. Sumgai Melaka
  17. Sungai Linggi
  18. Sungai Langat
  19. Sungai Kelang
  20. Sungai Selangor
  21. Sungai Perak
  22. Sungai Pahang
Malaysia yang kaya dengan sumber air dapat memenuhi kehendak dan permintaanrakyat bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti kehidupan harian. Walaubagaimanpun, akibat daripada proses globalisasi yang membawa kepada kemajuan negara telah menyebabkan masalah pencemaran alam sekitar yang kian berleluasa, sehingga merosakkan sistem sungai yang membekalkan sumber air mentah kepada rakyat. Meskipun sumber air tidak pupus, tetapi air yang dapat digunakan oleh manusia dengan selamat adalah semakin berkurangan. 

Pencemaran sungai di Malaysia merupakan satu masalah alam sekitar yang semakin ketara dari semasa ke semasa dan sehingga sekarang masih tiada lagi suatu cara penyelesaian secara efektif yang dapat menangani masalah ini. Baru-baru ini, isu bekalan air paip yang berbau busuk telah berlaku di sekitar tujuh daerah di Wilayah Persekutuan dan Selangor. Ia berpunca daripada pengaliran masuk air busuk hitam(leachate) yang mengandungi ammonia dan bahan berbahaya lain dari kawasan pelupusan sampah Bukit Tagar ke aluran anak sungai dan seterusnya memasuki sungai  Selangor. Bekalan air paip yang berbau ini telah menyebabkan penduduk di daerah-daerah tersebut tidak berani menggunakannya. Masalah ini telah menyedarkan kita bertapa seriusnya masalah pencemaran air dinegara kita maka kita tidak boleh memandang ringan terhadapnya lagi malah harus mengambil tindakan yang sewajarnya agar dapat mengelakkan masalah pencemaran air bertambah buruk.

Pembangunan pesat negara dan proses urbanisasi telah membawa kepada perubahan pengunaan tanah bagi sesuatu kawasan bagi menampung keperluan kegiatan ekonomi, kemudahan-kemudahan sosial dan lain-lain infrastruktur yang berkaitan. Perubahan gunatanah ini telah mendedahkan sungai kepada pelbagai tekanan yang kadangkala tidak dapat ditanggung oleh sungai, yang secara langsung menyebabkan perubahan sistem sungai bukan sahaja dari segi kualiti tetapi juga kuantiti. Seperti yang diketahui, sumber air mentah dinegara kita kebanyakannya diperolehi terus dari sungai utama dan empangan yang dibina untuk menyimpan air. Namun, kualiti air sungai di Malaysia adalah dalam keadaan yang semakin merosot akibat daripada pencemaran alam sekitar. Berdasarkan statistik, buat masa kini sebanyak 29 buah sungai di negara ini didapati mengalami pencemaran teruk manakala 11 buah lagi tercemar sederhana manakala 80 buah lagi masih dalam keadaan terkawal. Antara negeri yang mengalami pencemaran sungai yang paling tinggi adalah Johor, Selangor dan Pulau Pinang. Munurut laporan kualiti alam sekitar yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar pada 2004 tahun, antara sungai-sungai yang tercemar teruk adalah termasuk Sungai Menggaris di Sabah, Sungai Jelutong di Pulau Pinang serta Sungai Buluh dan Sungai Tukang Batu di Johor.

Pencemaran sistem sungai yang berlaku di negara kita kebanyakannya adalah berpunca dari kelodak, pembuangan dan pelepasan sisa kumbahan dari kilang-kilang dan penempatan setinggan, di samping bahan lain seperti najis binatang, sampah sarap dan logam berat seperti arsenik, kadmium raksa dan plumbum. Dari sudut kajian hidrologi, pada amnya pencemaran air dapat diklasifikasikan kepada 3 jenis iaitu Pencemaran fizikal yang merujuk kepada bahan tidak larut dalam air seperti sampah sarap daripada logam, kaca, kelodak dan kertas, Pencemaran biologi seperti najis binatang yang boleh menyebabkan kemunculan bakteria seperti Ezcherichia coli atau E Coli, cacing nematod dan mikrob lain manakala yang terakhirnya ialah pencemaran kimia iaitu bahan kimia terlarut yang terhasil daripada pencemaran fizikal dan biologi serta logam berat.

Munurut kajian, kira-kira 70% masalah pencemaran sungai di Malaysia adalah disebabkan oleh pembuangan sampah dan kumbahan. Pembuangan sampah sarap, sisa buangan domestik dari kawasan perumahan, perkampungan, setinggan dan lain-lain petempatan telah menyebabkan kualiti air sungai terjejas.. Penggunaan air mentah yang tidak berkualiti boleh membawa mudarat kepada manusia. Contohnya, bakteria E-coli, cacingnetamod, dan mikrob yang terhasil akibat pembuangan najis binatang ke dalam sungai akan membawa penyakit berbahaya seperti hepatisis, taun, disentri, demam kepialu dan kusta. Pembuangan najis binatang yang tidak sistematik banyak berlaku dinegara kita terutamanya di negeri Sembilan dan Selangor. Ini telah menunjukkan bahawa masyarakat kita masih kekurangan kesedaran sivik dalam memahami pemuliharaan dan pemulihan alam sekitar

Susulan kepada jumlah permintaan air oleh pengguna yang kian meningkat berbanding dengan jumlah kualiti air mentah yang kian menurun, ketidakseimbangan ini lama- kelamaan akan menyebabkan kekurangan sumber air mentah yang sesuai dan selamat dapat dibekalkan kepada masyarakat, sebagai satu masalah besar yang akan dihadapi oleh negara. Masalah kekurangan air kian berlaku di negara kita terutamanya di Negeri  Sembilan yang sering mengalami catuan air. Oleh itu, pada pendapat saya, tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah ini tidak harus dipikul oleh satu pihak sahaja malah masyarakat Malaysia juga harus bekerjasama dengan pihak kerajaan terutamanya dari segi sikap masyarakat yang tidak menjaga kebersihan sungai, supaya program pemulihan dan pengurusan sungai dapat dilakukan berterusan bagi menjamin kesempurnaan ke atas regim sungai dan persekitarannya.

No comments: