Pages

Sunday, June 5, 2011

Buah-buahan (A)

A
Amrah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas 
http://ms.wikipedia.org.

Kedondong
frames
Pengelasan saintifik
Alam:Tumbuhan
Divisi:Magnoliophyta
Kelas:Magnoliopsida
Order:Sapindales
Famili:[[]]
Genus:Canarium
Spesies:C. spp.


[[{{{Ksubspesies}}}]]
Canarium grandifolium (Ridley) Lam
Canarium patentinervium Miq.        
Canarium pseudodecumanum Hoch.
Dacryodes costata (Bennett) Lam
Dacryodes incurata (Engler) Lam
Dacryodes longifolia (King) Lam
Dacryodes macrocarpa (King) Lam
Spondias pinnata
Kedondong ialah sejenis tumbuhan yang terdapat dihutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama botaninya Canarium spp.. Buah kedondong dipanggil dengan nama buah amrah di hilir Perak.
Menurut kepercayaan masyarakat setempat, buah kedondong sedap dimakan, tidak sesuai untuk wanita hamil kerana tumbesaran bayi akan terbantut. Tidak terdapat bukti saintifik mengenai hal ini.

Pokok

Kedondong berasal dari Asia Tenggara dan Asia Selatan. Pokoknya yang cepat membesar boleh mencecah ketinggian 45 meter dan ukuran garis pusat 90 cm.

Khasiat

Buah kedondong boleh dimakan mentah. Kedondong yang hijau sesuai dibuat rojak, masak kari, acar, pengganti mangga dan limau nipis dalam sambal belacan, dibuat kerabu dan jeruk. Kedondong yang sudah masak boleh dibuat jem, jeli, jus dan sup.

Anggur


Drpada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anggur
Anggur
Anggur
Pengelasan saintifik
Alam:Hidupan
Divisi:Magnoliophyta
Kelas:Magnoliopsida
Order:Vitales
Keluarga:Vitaceae
Genus:Vitis
L.
Spesies
Vitis acerifolia
Vitis aestivalis
Vitis amurensis
Vitis arizonica
Vitis x bourquina
Vitis californica
Vitis x champinii
Vitis cinerea
Vitis x doaniana
Vitis girdiana
Vitis labrusca
Vitis x labruscana
Vitis lincecumiiVitis monticola
Vitis mustangensis
Vitis x novae-angliae
Vitis palmata
Vitis riparia
Vitis rotundifolia
Vitis rupestris
Vitis shuttleworthii
Vitis tiliifolia
Vitis vinifera
Vitis vulpina
Anggur adalah buah yang tumbuh dari batang pokok menjalar berkayu dalam keluarga Vitaceae. Anggur tumbuh dalam gugusan 6 hingga 300 tangkai, dan terdapat dalam warna hitam, biru, keemasan, hijau, ungu, merah, merah jambu, perang, kuning kemerahan atau putih. Ia boleh dimakan mentah atau digunakan untuk membuat kismis, jem, jus anggur, jeli, wain dan minyak biji anggur. Penanaman anggur dilakukan di ladang anggur, dan dikenali sebagai vitikultura.
Daun anggur itu sendiri boleh dimakan dan digunakan bagi menghasilkan hidangan dolma. Pokok anggur seringkali digunakan sebagai pokok makanan untuk sesetengah larva dari order Lepidoptera. Anggur liar seringkali dianggap rumpai, kerana ia menutupi tumbuhan lain disebabkan pertumbuhannya yang pantas.


  • Kandungan vitamin C yang tinggi.
Khasiat anggur

  • Khasiat lain termasuk vitamin A, B1, B2.
  • Mempunyal kalori yang rendah.
  • Mengandungi 80 peratus air dan sumber yang bagus bagi kalium.
  • Mengandungi phytonutrien, bahan aktif dipercayai melindungi badan manusia daripada bahan dan penyakit jantung.

Jenis anggur

Terdapat banyak jenis anggur, antaranya:
  • Vitis vinifera

cara pembuahan

setelah 6 hingga 9 bulan setelah di tanam,pokok anggur harus digondolkan dengan membuang semua daun untuk meniru keadaan musim luruh.

Galeri




Pautan luar

  • http://news.yahoo.com/s/nm/20070326/hl_nm/grapeseed_cancer_dc
  • Integrated Taxonomic Information System entry for Grape family
  • Area under vine (pdf)
  • Wild Grapes
  • 300 Grape Varieties for Wine
  • Wine Wiki
Ara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pokok Ara
frames
Pengelasan saintifik
Alam:Tumbuhan
Divisi:Magnoliophyta
Kelas:Magnoliopsida
Order:Urticales
Famili:[[]]
Genus:Ficus
Spesies:(sila lihat teks)
Pokok Ara (bahasa Inggeris:ficus) merupakan genus untuk kira-kira 800 spesies pokok berkayu, pokok renek, dan pokok menjalar dalam famili Moraceae. Pokok ini berasal dari seluruh kawasan tropika, dengan beberapa spesies yang bertumbuh juga di kawasan iklim sederhana yang hangat. Kebanyakan spesies adalah malar hijau, sedangkan pokok-pokok di kawasan iklim sederhana dan kawasan yang mempunyai musim kering yang panjang adalah pokok luruh daun.
Genus ini termasuk satu spesies, Common fig (F. carica), yang menghasilkan buah perdagangan yang dipanggil "buah ara". Buah daripada banyak spesies yang lain juga boleh dimakan walaupun tidak beberapa popular. Contoh-contoh pokok ara yang lain termasuk Pokok Bo dan subgenus banyan. Terdapat Pokok Ara Wild Willowleaf yang luar biasa besarnya di Afrika Selatan yang dilindungi oleh Simpanan Alam Semula Jadi Wonderboom.
Buah ara yang dikeringkan juga dipanggil buah tin, sempena nama pokok Ara dalam Al Quran. Ini kerana jemaah haji membeli buah dari pedagang Arab yang memanggilnya dengan nama tempatan. Terdapat pendapat yang menyatakan buah tin merupakan antar tumbuhan terawal yang ditanam manusia.
Buah pokok ara (buah-buahan hiasan yang digelarkan "sikonium") yang berbentuk bebawang berasal daripada bunga. Bahagian dalam untuk buah ini geronggang dan dilapiskan oleh biji-biji kecil yang berwarna merah. Buah ini mempunyai satu lubang kecil ("ostiol") pada hujungnya yang dipergunakan oleh penyengkat ara untuk merayap ke dalam untuk mendebungakan buah/bunga.

Pembiakan

Kebanyakan pokok ara mempunyai dua jenis jantina:
  • hermafrodit yang digelarkan "kaprifig" daripada perkataan Caprinae, satu subfamili kambing, disebabkan buahnya biasa dimakan oleh kambing tetapi tidak sesuai untuk dimakan oleh manusia;
  • betina: bahagian jantan bunga gagal berkembang dan dengan ini, menghasilkan buah yang boleh dimakan oleh manusia.
Penyengat ara hanya hidup di dalam bunga kaprifig kerana bunga betina terlalu panjang untuk penyengat bertelur di dalamnya. Serangga ini mendebungakan bunga dengan debunga daripada pokok yang dihidupnya. Oleh itu, buah ara yang mengandungi biji yang matang juga mengandungi banyak penyengat yang mati di dalamnya.
Ketika sebiji kaprifig masak, lagi sebiji kaprifig akan disiapkan untuk didebungakan. Pokok ara tropika menghasilkan buah secara berterusan, dan membolehkan haiwan yang makan buah-buahan untuk hidup dalam tempoh-tempoh antara masta-masta. Di kawasan iklim sederhana, penyengat berhibernat di dalam buah ara. Buah kaprifig di kawasan iklim sederhana ini berbentuk kecil dan digelarkan "breba". Terdapat tiga hasil tanaman setahun untuk kaprifig, dan dua hasil setahun untuk pokok buah betina di kawasan iklim ini. Sesetengah buah betina tidak memerlukan pendebungaan, dan akan menghasilkan buah tanpa biji yang subur jika tidak adanya penyengat.
Biasanya, terdapat hanya satu spesies penyengat tunggal yang berupaya mendebungakan bunga bagi setiap spesies pokok ara dan oleh itu, penanaman pokok ara di luar kawasan asalnya akan menyebabkan pokok yang mandul. Umpamanya, walaupun 60 spesies telah diperkenalkan ke Hawaii, hanya empat jenis di sana dapat membiak.
Pokok ara boleh juga dibiakkan dengan mudah daripada keratan tunas.


Kepentingan sejarah

Pada Jun 2006, telah dilaporkan bahawa Pokok Ara yang bertarikh 11,400 tahun dahulu telah di temui di Gilgal I, sebuah kampung di Lembah Jordan Bawah yang terletak hanya 8 batu di utara bandar Jericho kuno.
Berdasarkan keterangan ikut keadaan daripada spesimen-spesimen awetan itu yang menunjukkan bahawa pokok-pokok itu adalah jenis mutasi yang tidak dapat membiak dengan cara yang biasa, pakar-pakar telah memastikan bahawa pokok-pokok ara itu telah ditanam dengan sengaja dan oleh itu, merupakan tanaman manusia yang pertama. Dengan itu, gandum dan rai yang ditanam seribu tahun kemudian kini merupakan tanaman yang berikutnya.


Pokok Ara dan kesihatan


Buah ara yang dikeringkan, atau juga dikenali sebagai buah tin.
Pokok Ara merupakan sumber yang baik untuk flavonoid dan polifenol. Apabila buah ara disukat untuk kandungan bahan antioksidanya, didapati bahawa 40 gram buah ara kering atau juga dikenali sebagai buah Tin (dua biji buah ara yang sederhana saiznya) boleh meningkatkan keupayaan bahan antioksida plasma. Pokok Ara juga mengandungi kandungan serabut yang terbanyak, berbanding buah-buahan yang lain, baik kering mahupun segar.


Spesies

  1. Pokok Akar Ara
  2. Pokok Ara Akar
  3. Pokok Ara Batu
  4. Pokok Ara Buluh
  5. Pokok Ara Daun Lebar
  6. Pokok Ara Gajah
  7. Pokok Ara Jangkang
  8. Pokok Ara Jejawi
  9. Pokok Ara Jeloteh
  10. Pokok Ara Kecil
  11. Pokok Ara Kelalawar
  12. Pokok Ara Kubang
  13. Pokok Ara Kubung
  14. Pokok Ara Kuwap
  15. Pokok Ara Lampong
  16. Pokok Ara Lidah Rimau
  17. Pokok Ara Lumut
  18. Pokok Ara Nasi
  19. Pokok Ara Paya
  20. Pokok Ara Perak
  21. Pokok Ara Tampok Pinang
  22. Pokok Ara Tanah

  • Ficus altissima
  • Ficus americana
  • Ficus aurea
  • Ficus benghalensis - Pokok Banyan India
  • Ficus benjamina - Pokok Ara Beringin (Weeping Fig)
  • Ficus broadwayi
  • Ficus carica - Pokok Ara Biasa (Common Fig)
  • Ficus citrifolia - Pokok Ara Strangler
  • Ficus coronata
  • Ficus drupacea
  • Ficus elastica
  • Ficus fistulosa Reinw.
  • Ficus glomerata Roxb.
  • Ficus godeffroyi
  • Ficus grenadensis
  • Ficus hartii
  • Ficus lyrata
  • Ficus macbrideii
  • Ficus macrophylla - Pokok Ara Teluk Moreton
  • Ficus microcarpa - Banyan Cina
  • Ficus nota
  • Ficus obtusifolia
  • Ficus palmata
  • Ficus prolixa
  • Ficus pumila
  • Ficus racemosa
  • Ficus religiosa - Pokok Ara Suci (Sacred Fig)
  • Ficus rubiginosa - Pokok Ara Port Jackson
  • Ficus rumphii - Pokok Ara Rumpf
  • Ficus stahlii
  • Ficus sycomorus
  • Ficus thonningii
  • Ficus tinctoria
  • Ficus tobagensis
  • Ficus triangularis
  • Ficus trigonata
  • Ficus ulmifolia
  • Ficus variegata Bl.
  • Ficus vasculosa Wall.
  • Ficus virens
  • Ficus viridicarpa Corn.
  • Ficus vogelii
  1. Khasiat Pokok Ara (rujukan)
  2. Buah-buahan kering: bahan antioksida in vitro dan in vivo yang baik (rujukan)
  3. Discovery channel - 2007 (rujukan)


Pautan luar

  • Figweb — Tapak rujukan utama untuk genus Fikus
  • Video: Interaksi pokok ara dengan penyengat ara — filem dokumentari berbilang anugerah
  • Buah-buahan Iklim Hangat: Pokok Ara
  • Penanam Buah-buahan California: Fakta Buah Ara
  • Penjelajah Buah-buahan Amerika Utara: Pokok Ara
  • BBC: Fosil Pokok Ara, bukti perkebunan awal
  • New York Times; 1 Jun 2006: "Pokok Ara dipercayai merupakan buah-buahan pertama yang ditanam

No comments: